Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS PENGHARGAAN KUMPULAN INOVASI MAJLIS DAERAH KERIAN

PULAU PINANG – Majlis Daerah Kerian merai dan menghargai ahli Kumpulan Meteor dan ahli Kumpulan One-Off yang berjaya meraih tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan KIK di peringkat negeri dan antara 30 kumpulan inovasi terbaik di peringkat kebangsaan pada tahun 2022 dan 2023 dalam Majlis Penghargaan Kumpulan Inovasi Majlis Daerah Kerian di Threesixty Revolving Restaurant Penang@Bayview City Hotel Penang, Georgetown pada 17 Mac 2023.

Selain meraikan ahli-ahli kumpulan inovasi ini, Majlis Daerah Kerian juga turut meraikan dan menghargai lima pegawai dan anggota kerja Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kerian yang terlibat dalam Pengurusan Anjing Terbiar di daerah Kerian pada tahun 2021/2022. Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Tuan Helmi bin Yusof@Jusoh telah berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan dan hadiah iringan kepada pegawai dan anggota jabatan itu. Penghargaan ini diharapkan dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara Majlis Daerah Kerian dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kerian dalam menangani isu anjing terbiar di daerah ini.