Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH

8 Mac 2023 – Majlis Daerah Kerian (MDK) melalui Unit Integriti telah mengadakan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Majlis Perjumpaan Kakitangan bil 2/2023 di Dewan Merdeka, Parit Buntar khusus untuk warga MDK bersama Tuan Helmi Bin Yusof@Jusoh, Yang Dipertua MDK.

Majlis ini merupakan inisiatif pengurusan tertinggi MDK dalam menyokong usaha-usaha kerajaan membanteras jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan selain menzahirkan usaha memegang teguh prinsip integriti bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan Majlis terjamin dan terus diyakini oleh masyarakat.

Seramai hampir 150 orang warga MDK yang terdiri daripada Yang Dipertua, Setiausaha, ketua-ketua jabatan, ahli-ahli Majlis serta kakitangan hadir untuk melafaz dan menandatangani IBR ini. Bacaan lafaz ikrar tersebut telah diketuai oleh Tuan Helmi Bin Yusof@Jusoh, Tuan Yang Dipertua Majlis dengan diiringi oleh Puan Norhafisah bt Mohamad, Setiausaha MDK.

Turut sama menyaksikan majlis tersebut ialah Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohamad, Pengarah SPRM Negeri Perak, Penolong Kanan Pesuruhjaya Jaafar bin Tajudin, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perak, Penguasa Kanan Ikhwan Muslimin bin Jalaludin, Ketua Cawangan SPRM, Cawangan Taiping, Penguasa Hazirah binti Hussain, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Perak.

Satu sesi ceramah bertajuk “Rasuah dan kesan-kesannya” juga turut diadakan yang telah disampaikan oleh Penolong Penguasa Huzairi Azmer bin Ramli. Majlis telah ditamatkan sekitar jam 5.00 petang.