Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

MAJLIS DAERAH KERIAN RAIH DUA HADIAH DALAM PERTANDINGAN INOVASI MALA 2.0: PIALA YB MENTERI KPKT TAHUN 2022/2023

PUTRAJAYA – Pada 8 dan 9 Februari 2023, Majlis Daerah Kerian melalui dua projek inovasi iaitu Multi Kaunter dan Pengurusan Anjing Terbiar (MyPAL) telah berjaya meraih dua hadiah setelah disenarai pendek dan layak bertanding di peringkat akhir pertandingan ini yang berlangsung di Dewan Kristal, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Daripada 69 inovasi yang bertanding, dua inovasi Majlis Daerah Kerian telah berjaya mendapat tempat di hati juri. Kedua-dua inovasi ini telah membawa pulang RM50,000.00 (geran KPKT) dan wang tunai MALA RM1,000.00, piala iringan dan sijil penyertaan.

Alhamdulillah, walaupun pertama kali memasuki pertandingan ini, usaha kedua-dua kumpulan inovasi Majlis Daerah Kerian telah membuahkan hasil biarpun mendapat persaingan hebat daripada Dewan/ Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah lain di seluruh Malaysia.