KURSUS TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN DAN PENGURUSAN KENDERAAN KERAJAAN
PARIT BUNTAR, 20 November 2023 – Mengambil kira kepentingan untuk memperkukuhkan pengurusan Aset Alih Kerajaan di peringkat jabatan, Unit Pengurusan Aset, Majlis Daerah Kerian telah menganjurkan Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Kenderaan pada 20 November 2023 hingga 21 November 2023 di Dewan Kerian Permai, Parit Buntar, Perak.
Kursus yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Encik Meor Saharizan bin Meor Idris (Penolong Perunding Latihan) dari Unit Penyampaian Perkhidmatan, INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) dihadiri seramai 32 orang wakil daripada setiap jabatan termasuk ketua-ketua jabatan, Pegawai Teknikal, Pegawai Penerima Aset dan pemandu kenderaan Majlis Daerah Kerian.
Tujuan utama kursus ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan pengurusan aset di jabatan masing-masing merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia dan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang sedang berkuat kuasa.