Kursus ini telah diadakan pada 10 dan 11 Oktober 2023 di Dewan Merdeka, Parit Buntar melibatkan seramai 19 orang daripada pelbagai gred jawatan. Kursus ini meliputi kaedah pembukaan fail, penggunaan kulit fail, memfailkan surat, meminitkan surat ke dalam kertas minit, menulis minit tindakan, mencatatkan butiran pada kulit fail, penggunaan kulit fail, sampul kecil, penutupan fail, pembukaan fail baharu (jilid sambungan) dan pelupusan fail. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Saifurnizam bin Ya'akob, Pegawai Arkib, Arkib Negara Malaysia, Negeri Perak.