Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

“KEMPEN PENGHIJAUAN KERIAN”
Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Daerah Kerian 2022 Program Penghijauan Kerian Antara Komuniti MDK Bersama Masjid Daerah Kerian

TARIKH : 08 MAC 2022, MASA : 8.30 PAGI, PERKARANGAN MASJID DAERAH KERIAN, PARIT BUNTAR

Program ini adalah bersempena dengan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Januari 2021 dan juga Inisiatif Penanaman Pokok Di Negeri Perak yang telah bermula pada 2020.
Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.
Kempen ini mensasarkan penanaman 100,000 pokok di peringkat negeri Perak dalam tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2021 hingga 2025. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri akan mengadakan program-program bagi merakyatkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dengan melibatkan seluruh penduduk Malaysia dari pelbagai latar belakang.
Program ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kerian merangkap Pengerusi Masjid Daerah, dihadiri oleh Setiausaha Majlis Daerah Kerian, Penghulu Mukim Parit Buntar, Imam-imam, jawatankuasa serta ahli qariah masjid dan warga kerja MDK.

Photo 2022 03 08 16 46 15

Photo 2022 03 08 16 46 25

Photo 2022 03 08 16 46 42

Photo 2022 03 08 16 46 59

Photo 2022 03 08 16 47 32

Photo 2022 03 08 16 47 44

Photo 2022 03 08 16 47 55

Photo 2022 03 08 16 48 01

Photo 2022 03 08 16 53 51