Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Aktiviti & Program

INOVASI MAJLIS DAERAH KERIAN RAIH NAIB JOHAN DAN TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN KIK HORIZON BAHARU PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022

IPOH, 19 Oktober 2022 - Majlis Daerah Kerian mencipta kejayaan apabila berjaya meraih naib johan dan tempat ketiga dalam pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Horizon Baharu yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak tahun 2022. Kejayaan ini diraih melalui Kumpulan Meteor yang mendapat naib johan bagi kategori sosial (penciptaan) dan melalui Kumpulan One-Off yang meraih tempat ketiga bagi kategori sosial (penambahbaikan).

Kedua-dua anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak kepada kedua-dua kumpulan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Meteor dan Kumpulan One-Off atas kejayaan ini.