Skip to main content

Tempat Letak Kereta

TEMPAT LETAK KERETA BERKUPON

Majlis Daerah Kerian telah melaksanakan Sistem Tempat Letak Kereta Berkupon mulai 1 Mac 2010, bagi menggantikan Sistem Parkir Bermeter yang telah tamat kontrak pada 31 Januari 2009. Aplikasi Park@Perak telah digunapakai di seluruh Negeri Perak bermula 1 Januari 2019. Selain aplikasi Park@ Perak, orang awam juga boleh membeli Kupon Tempat Letak Kereta ini boleh didapati melalui aplikasi Flexi Parking dan TnG eWallet.


PELAKSANAAN PARKING BERKUPON

Kawasan yang terlibat: PARIT BUNTAR SAHAJA


KADAR BAYARAN KUPON

  • Setengah Jam = RM0.30

  • 1 Jam = RM0.60

  • 1 Hari = RM4.00


PAS BULANAN

Pas Bulanan disediakan untuk kemudahan pengguna yang menggunakan tempat letak kereta pada setiap hari. Untuk pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan Pas Bulanan boleh membeli di aplikasi Park@Perak.

*Harga untuk Pas Bulanan ialah: RM60.00


WAKTU OPERASI

Isnin – Sabtu : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin – Sabtu : 7.00 pagi hingga 5.00 petang (Hanya kawasan Medan Pasar Pusat Bandar)
Ahad & Kelepasan Am : Dikecualikan.


PEMBAYARAN KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA

Pembayaran Kompaun Tempat Letak Kereta boleh dibayar melalui beberapa kaedah bayaran:

  1. Aplikasi Park@Perak
  2. Gerbang Pembayaran Dalam Talian Majlis Daerah Kerian
  3. PBTPay