Cukai Taksiran
Cukai taksiran atau cukai pintu merupakan cukai yang dikenakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ke atas pegangan berkadar seperti Bangunan kediaman, Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Stesen Minyak), Bangunan Perindustrian (Kilang,Pencawang), Tanah Kosong (Bangunan, Perniagaan) yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kerian. Bangunan-bangunan milik kerajaan dan Badan Berkanun juga dikenakan cukai tetapi ia disebut Caruman Membantu Kadar. Cukai ini dikenakan untuk menampung kos pengurusan sampah, pembersihan longkang, penyelenggaraan jalan-jalan PBT, penyelenggaraan lampu jalan dan lain-lain infrastruktur awam.
Mengikut Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) 160, apabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan dijual atau dipindah milik, pembeli atau penerima perlu membuat pindah milik dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindah milik, notis mengenainya harus diberi kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang I atau Borang J (atas sebab kematian). Borang I atau Borang J boleh didapati di kaunter Kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Kerian atau boleh di muat turun di laman Web Majlis Daerah Kerian. Setiap proses pindah milik akan dikenakan bayaran sebanyak RM 20.00.
Pulangan Balik Cukai Taksiran (remisi) adalah dimana pemilik bangunan boleh memohon untuk mendapatkan semula cukai taksiran yang telah dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya bangunan yang dimiliki itu kosong dan untuk disewa atau dijual.