JEMPUTAN PENYERTAAN PROGRAM PENARAFAN PERBANDARAN PINTAR (SMART TOWNSHIP) MALAYSIA 2026
Majlis Daerah Kerian (MDK) dengan ini mempelawa dan menggalakkan semua pemaju hartanah di Daerah Kerian untuk menyertai Program Penarafan Perbandaran Pintar (Smart Township) Malaysia 2026 yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama PLANMalaysia.
Program ini merupakan satu inisiatif strategik di peringkat nasional yang bertujuan menilai dan mengiktiraf pembangunan perbandaran yang mengintegrasikan elemen teknologi pintar, kemampanan, inklusiviti serta inovasi digital selaras dengan aspirasi pembangunan negara.
KELEBIHAN PENYERTAAN
- Pengiktirafan rasmi (Platinum / Gold / Silver) oleh KPKT & PLANMalaysia
- Meningkatkan kredibiliti serta nilai komersial projek pembangunan
- Memperkukuh penjenamaan sebagai pemaju berdaya saing dan inovatif
- Menyokong agenda nasional ke arah Smart Nation 2040
- Menyumbang kepada transformasi Daerah Kerian sebagai perbandaran pintar
MAKLUMAT PENYERTAAN
Tempoh Permohonan: 13 Mac 2026 – 29 Mei 2026
Pendaftaran: https://forms.gle/GuoB6ExBAAp4ZUXP7
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia:
03-8091 0393 (Encik Mohd Fazli)
03-8091 0389 (Encik Nik Mohd Nizam)
03-8091 0388 (Puan Nazriah)
Majlis Daerah Kerian komited dalam menyokong pembangunan perbandaran yang mampan, berdaya huni dan berteraskan teknologi.
Sehubungan itu, penyertaan daripada pihak pemaju adalah amat dialu-alukan bagi bersama-sama merealisasikan visi pembangunan pintar di Daerah Kerian.
KERIAN PINTAR, LESTARI DAN SEJAHTERA