Skip to main content

Soalan Lazim Jabatan Perbendaharaan

Bilakah waktu urusan di kaunter hasil Majlis Daerah Kerian?
  • Isnin Hingga Khamis
    a) 8.15 pagi – 12.30 tengahari
    b) 2.00 petang – 4.00 petang
  • Jumaat
    a) 8.15 pagi – 11.30 pagi
    b) 2.45 petang – 4.00 petang
  • Sabtu dan Ahad : CUTI
Bagaimana pembayaran Cukai Taksiran Majlis Daerah Kerian boleh dibuat?

Pembayaran Cukai Taksiran Majlis Daerah Kerian boleh dibuat seperti berikut:-

  • Kaunter Hasil Majlis Daerah Kerian - pembayaran tanpa tunai menggunakan Kad Kredit, Kad Debit dan QR sahaja.
  • Kaunter Hasil PBT lain dalam negeri Perak Sahaja.
  • JomPAY Majlis Daerah Kerian

Biller Code : 49361

Ref-1 : No. Akaun Cukai Taksiran

Ref-2 : No. Telefon Pembayar

  • PBTPay - https://pbtpay.kpkt.gov.my
  • eBayar - https://ebayar.mdkerian.gov.my
  • Kaunter bank - Bank Rakyat, Bank Islam, dan Bank Simpanan Nasional.
  • Pembayaran menggunakan Internet Banking - Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Maybank2u dan CIMB Click.
  • Kutipan melalui lori kaunter bergerak.
  • Pembayaran melalui pos iaitu dengan mengirim bil bayaran dan cek/bank draf/kiriman wang/wang pos ke Majlis Daerah Kerian.
  • Bayaran menggunakan cek/bank draf/kiriman wang/wang pos hendaklah dipalang dan dibuat atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian.
Bolehkah membuat pembayaran Cukai Taksiran untuk jumlah SETAHUN bagi tahun semasa?
  • Boleh, tetapi sekiranya terdapat tunggakan maka tunggakan tersebut perlu dijelaskan bersama amaun keseluruhan cukai setahun
Berapa lama tempoh yang diambil untuk memproses bil dan tuntutan yang dikemukakan oleh pembekal atau kontraktor?

Arahan Perbendaharaan (AP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) A.P 103 (a) - Dalam Arahan ini, bil dan tuntutan-tuntutan adalah termasuk juga invois, borang perakuan bayaran (Borang Perakuan Bayaran Siri JKR 66) dan inden kerja sama ada di bawah Peruntukan Mengurus, Pembangunan, Tanggungan atau Amanah. Jabatan hendaklah memastikan bahawa bil dan tuntutan itu dibayar dengan segera tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna atau selaras dengan syarat-syarat perjanjian / kontrak mengikut mana yang berkenaan.

Apakah kaedah pembayaran yang digunakan oleh pihak Majlis Daerah Kerian sehingga kini?

Terdapat dua kaedah pembayaran yang digunakan oleh pihak Majlis iaitu electronic funds transfer (eft) dan cek. Kaedah yang paling utama ialah pembayaran melalui electronic funds transfer (eft) yang melibatkan semua jenis tuntutan dan bil yang menggunakan peruntukan Mengurus, Pembangunan, Tanggungan atau Amanah.

Berapa lamakah tempoh laku sesuatu cek yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kerian?

Tempoh laku cek yang dikeluarkan oleh pihak Majlis adalah tiga bulan dari tarikh cek tersebut dikeluarkan seperti yang dinyatakan di atas cek ‘LAKU DALAM TEMPOH TIGA BULAN DARI TARIKH’ cek dikeluarkan.

Sekiranya cek tersebut telah tamat tempoh atau hilang, apakah yang perlu dilakukan terhadap cek tersebut?

Sekiranya cek tersebut melebihi tempoh laku, penerima cek hendaklah mengemukakan surat permohonan beserta cek asal kepada Jabatan Perbendaharaan untuk tindakan selanjutnya. Surat permohonan tersebut hendaklah lengkap dengan keterangan yang menyebabkan cek tersebut tidak laku. Begitu juga sekiranya cek tersebut hilang. Surat permohonan hendaklah disertakan bersama surat akuan sumpah yang telah diperakui.