Soalan Lazim Bahagian Harta Sewaan
Maklumat berkaitan kekosongan harta sewaan majlis ini boleh didapati melalui kaunter pertanyaan Unit Sewaan MDK, laman web rasmi MDK, serta notis pemberitahuan yang dipamerkan di lokasi-lokasi awam yang telah ditetapkan.
Boleh sekiranya diperlukan, pegawai atau penjawat di Unit Sewaan adalah dibenarkan untuk membawa bersama Buku Resit Kew.38 bagi tujuan pelaksanaan urusan yang berkaitan. Selain itu, pembayaran sewaan juga boleh dibuat di Sistem Gerbang Pembayaran Dalam Talian Majlis Daerah Kerian (https://ebayar.mdkerian.gov.my)
Semua penyewa mestilah mengemukakan surat jika berlaku kerosakan kerana, aduan hendaklah dikemukakan secara bertulis dan disalurkan kepada Bahagian Kejuruteraan atau Unit Sewaan, Majlis Daerah Kerian, untuk tindakan selanjutnya.
Iklan berkenaan kekosongan harta sewaan akan dikeluarkan oleh Majlis sebanyak dua (2) kali dalam sebulan, iaitu pada awal bulan dan pertengahan bulan, bagi memaklumkan kepada orang awam mengenai kekosongan tersebut . Boleh rujuk pautan https://mdkerian.gov.my/index.php/warga-kerian/perkhidmatan/sewaan
Maklumat berkaitan iklan kekosongan harta sewaan Majlis Daerah Kerian boleh diperoleh melalui laman web rasmi Majlis Daerah Kerian. Selain itu, orang awam boleh mendapatkan borang permohonan secara manual di Kaunter Bahagian Pengurusan Harta Sewaan, Majlis Daerah Kerian, pada waktu urusan yang telah ditetapkan. Selain itu juga, orang awam boleh mengisi secara atas talian di pautan yang telah disediakan di dalam laman web rasmi Majlis Daerah Kerian.
Ahli panel temuduga terdiri daripada Ahli-Ahli Majlis Daerah Kerian yang telah dilantik.
Pihak MDK akan siasat dan pantau ke harta berkenaan untuk memastikan sama ada aduan tersebut benar atau sebaliknya. Sekiranya benar, penyewa asal dan peniaga tanpa kebenaran akan diberi Notis dan dipanggil hadir ke pejabat MDK untuk berbincang dengan pihak Majlis.
Pemohon tidak dibenarkan membeli atau mengisi borang permohonan Sewaan sebelum iklan kekosongan Harta Sewaan MDK dikeluarkan. Pembelian dan pengisian borang tersebut hanya dibenarkan selepas tarikh iklan rasmi dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kerian
Syarat utama ialah mesti mempunyai hubungan pertalian kekeluargaan (kandung) atau waris terdekat (bagi penyewa asal yang telah meninggal dunia). Selain daripada itu, tidak diterima dan pemohonan baru perlu membuat permohonan sewaan melalui iklan kekosongan Harta Sewaan dan menghadiri temuduga sewaan .