Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Makluman Remisyen Ke Atas Fi Pendaftaran Hak Milik

  1. Jadual bayaran seperti Jadual di bawah.
  2. Suratcara Pindah Milik (Borang 14A) dan Perintah Jual (Lelong) yang dimatikan setem duti sebelum atau pada 31 Januari 2021, akan dikenakan pada kadar lama mengikut Kaedah-Kaedah Tanah Pahang (KTP) 1992 (Pindaan) 2015 dan pembayaran balik akan dibuat kepada pemilik tanah untuk lebihan bayaran fi pendaftaran yang telah dibuat.
  3. Pembayaran balik akan dibuat kepada pemilik tanah bagi lebihan bayaran fi pendaftaran yang telah dikenakan mengikut Kaedah 57 item no.(38) dan (47) KTP 1992 (Pindaan) 2020.
  4. Fi pendaftaran pindah milik tanah kepada pembeli rumah pertama dikenakan pada kadar RM100.00 sahaja.
  5. Pelaksanaan Kaedah 57 item no.(38) KTP 1992 (Pindaan) 2020 kepada pembeli Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang (PR1MA), Rumah Makmur Negeri Pahang atau mana-mana projek perumahan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang diberikan moratorium sehingga 31 Disember 2021.
  6. Fi pendaftaran pindah milik tanah (pemberian kasih sayang) daripada ibu dan/ atau bapa kepada anak atau sebaliknya, suami kepada isteri atau sebaliknya dan di antara adik beradik kandung dikenakan pada kadar RM100.00 sahaja.
*Panduan: Jadual Bayaran Pendaftaran Pindahmilik Fi
RM 50,000 dan ke bawah Melebihi RM 50,000 - RM 100,000 RM 100
Melebihi RM 50,000 - RM 100,000 RM 125
Melebihi RM 100,000 - RM 150,000 RM 500
Melebihi RM 150,000 - RM 250,000 RM 750
Melebihi RM 250,000 - RM 300,000 RM 1,000
Melebihi RM 300,000 - RM 400,000 RM 1,200
Melebihi RM 400,000 - RM 600,000 RM 2,500
Melebihi RM 600,000 - RM 750,000 RM 3,000
Melebihi RM 750,000 - RM 1,000,000 RM 3,500
Melebihi RM 1,000,000 - RM 1,500,000 RM 4,000
Melebihi RM 1,500,000 - RM 2,000,000 RM 4,500
Melebihi RM 2,000,000 - RM 2,500,000 RM 5,000
Melebihi RM 2,500,000 - RM 3,000,000 RM 5,500
Melebihi RM 3,000 ,000 ke atas RM 6,000