Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Bagaimana saya ingin mengetahui pelombong mempunyai lesen melombong yang masih aktif?
Mendapatkan maklumat melalui dokumen “carian rasmi” Lesen Melombong yang dimaksudkan, di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang.
Bagaimanakah saya mahu memeriksa nama-nama syarikat yang menjalankan perlombongan bijih timah?
Merujuk kepada Jabatan Mineral dan Geosains Pahang yang menyimpan rekod-rekod perlombongan dan melalui maklumat di internet.
Bagaimanakah saya mahu memohon lesen untuk membawa bijih timah?
Mengemukakan permohonan kepada Jabatan Mineral dan Geosains Pahang beserta dokumen. (Borang permohonan yang lengkap Borang KT: 1 Pindaan 1)
Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi melakukan operasi kuari atau dengan lebih tepat pembukaan sesuatu kuari.

Mengemukakan permohonan kelulusan Operasi Pengkuarian kepada Jabatan Mineral dan Geosains Pahang :-

  1. Lesen Pendudukan Tapak Kuari Yang Sah
  2. Sijil Pendaftaran Perniagaan
  3. Skim Melombong yang disediakan oleh Jurutera Perunding
  4. Surat Kelulusan EIA (sekiranya perlu)