Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Objektif, Visi & Misi

Latar Belakang

MDK telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 September 1979. Pengisytiharan MDK telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Idris Al Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada 5 September 1979. Sebelum penubuhan Majlis Daerah Kerian (MDK), satu pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan telah ditubuhkan bagi memainkan fungsi dan peranannya mentadbir dan mengurus pentadbiran di peringkat daerah yang dikenali sebagai Lembaga Bandaran Kerian pada 1 Julai 1975.

Visi

Kerian Sebagai Perbandaran Lestari dan Mampan

Misi

Memperkasakan Perkhidmatan Tadbir Urus, Berpaksikan Kualiti, Ketelusan dan Kecekapan Bagi Memenuhi Kehendak Pelanggan

Objektif

  • Memantapkan tadbir urus majlis dan sumber manusia yang berwibawa dan berjiwa murni.

  • Mempertingkatkan dan memperkukuhkan sumber hasil majlis.

  • Menyediakan kemudahan perbandaran yang berkualiti.
  • Memantapkan dan membudayakan pengguna teknologi yang lebih efisyen.

  • Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dan persekitaran yang mampan.

  • Utama
  • Maklumat Korporat
  • Objektif, Visi & Misi
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Kerian . Kemaskini : 06/12/21 • Jumlah Pelawat : 21286934