Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim Jabatan Penguatkuasa

Kenapa Majlis tidak menggunakan petak sistem letak kereta bermeter?

Sistem bermeter sering berhadapan dengan pelbagai kejadian vandalisme berbanding sistem berkupon yang lebih menjimatkan kos dan tidak perlu menanggung sebarang kerosakan.

Kenapa Tempat Letak Kereta di Bagan Serai dihentikan?

Operasi dihentikan buat sementara sahaja.

Kenapa pada hari Sabtu (cuti) di kenakan bayaran petak kereta

Hari Sabtu tidak diktiraf sebagai cuti umum.

Mengapa kereta saya kena kompaun?

Tidak mempamirkan kupon tempat letak kereta yang sah dan tidak mematuhi undang-undang tempat letak kereta Majlis Daerah Kerian.

Adakah kompaun boleh dikurangkan ?

Boleh dipertimbangkan dengan bersyarat.

Mengapa Majlis tidak mengendalikan sendiri sistem tempat letak kereta?

Majlis akan mengedalikan sendiri selepas tamat perjajian dengan pihak pemajak.

Mengapa sistem tempat letak kereta perlu diwujudkan?

Untuk memastikan orang awam sentiasa mematuhi undang-undang dan kenderaan diletak dalam keadaan yang lebih sistematik dan teratur.

Apakan tindakan susulan Majlis Daerah Kerian sekiranya kompaun tidak dijelaskan?

Pemilik kenderaan akan menerima notis peringatan dan sekiranya dalam tempoh 2 minggu tidak dijelaskan akan didakwa di Mahkamah.

Berapa lama tempoh bayaran?

14 hari dari tarikh dikeluarkan.

Bolehkah saman Mahkamah diselesaikan di Majlis?

Sebelum kes disebut di Mahkamah.