Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim Jabatan Bangunan

Kemanakah perlu dirujuk apabila bercadang untuk membina bangunan (termasuk pengubahsuaian)?
  • Terus ke Unit Pusat Setempat (OSC), Majlis Daerah Kerian.
  • Disini pemohon akan diterangkan berkenaan prosedur untuk membina bangunan baru atau membina tambahan / ubahsuai kepada bangunan sedia ada.
  • Disini juga disediakan senarai Arkitek atau Pelukis Pelan Berdaftar bagi memudahkan pemohon berhubung / memilih sendiri Arkitek / Pelukis Pelan bagi menyediakan pelan.
Siapa yang meluluskan pelan dan berapa lama masa diambil untuk mendapatkan kelulusan?
  • Semua pelan akan dipertimbangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat, Majlis Daerah Kerian yang bersidang setiap 2 minggu sekali.
  • Untuk pelan bangunan individu dan tambahan / pindaan kelulusan dalam tempoh Enam Puluh Sembilan (69) hari.
Jika ingin membuat tambahan atau pengubahsuaian pada rumah perlukah pelan dikemukakan kepada Majlis Daerah Kerian?
  • Setiap pembinaan bangunan baru perlu mengemukakan permohonan pelan.
  • Bagi pembinaan tambahan / ubahsuai :
    a)Tambahan yang melibatkan keluasan lantai melebihi 100 kaki persegi dan berdinding perlu kemukakan pelan.
    b)Tambahan / ubahsuai kecil yang kurang 100 kaki persegi keluasan lantai atau membina awning tempat letak kereta perlu juga mengemukakan permohonan menggunakan borang yang disediakan oleh Majlis.
Jika telah mengemukakan pelan ke Majlis Daerah Kerian, bolehkah terus memulakan kerja-kerja pembinaan?
  • Pemilik rumah/bangunan yang telah mengemukakan pelan bangunan bagi ubahsuai / tambahan kepada pihak Majlis hanya dibenarkan untuk memulakan kerja-kerja pembinaan selepas pelan tersebut diluluskan.
Bagaimana untuk mendapatkan permohonan permit sementara bagi meletak bahan binaan (pasir/batu bata), khemah untuk pertunjukkan atau kenduri kahwin atau tempat sembahyang?
  • Pemohon boleh terus ke Bahagian Bangunan, Majlis Daerah Kerian (tingkat satu).
  • Mengisi borang permohonan permit sementara dengan lengkap serta mencatat tarikh mula dan tarikh tamat. Harga borang RM 1.00.
  • Bill akan dikeluarkan mengikut permohonan permit sementara.
    a)Meletak bahan binaan di atas jalan sebulan RM 54.00 @ 3 meter persegi
    b)Bangsal pertunjukkan, khemah kenduri perkahwinan dan seumpamanya Rm 50.00 sehari
    c)Tempat sembahyang RM 20.00 sehari
  • Kelulusan serta merta selepas bayaran dijelaskan.
    a)Perbaharui permit sementara jika tempoh telah tamat dan kerja-kerja masih dijalankan.
Kenapa perlu bayaran deposit bagi tambahan dan pindaan rumah kediaman atau rumah kedai?
  • Memastikan pembinaan dibuat mengikut syarat / pelan yang diluluskan.
  • Memastikan sisa bahan binaan dibersihkan / dilupuskan sendiri oleh pemilik bangunan supaya keadaan persekitaran bersih.
  • Deposit akan dirampas sekiranya pembinaan tidak mematuhi pelan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam surat kelulusan.
    a)Proses tuntutan deposit dalam tempoh 14 hari dari tarikh tuntutan dibuat.
Kenapa perlu mendapatkan kebenaran jiran jika ingin membuat tambahan dan pindaan bangunan sedia ada?
  • Tidak semua tambahan / ubahsuai memerlukan surat kebenaran jiran kecuali tambahan / ubahsuai yang `major' kerana dikhuatiri berlaku kerosakan / kacau ganggu kepada bangunan bersebelahan.
  • Jika berlaku kerosakan bangunan bersebelahan (berjiran) disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian/tambahan/membaiki yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawab pemilik bangunan untuk menyelesaikan sebarang aduan atau masalah.
Bolehkah pelan diperbaharui jika telah tamat tempoh?
  • Pelan perlu diperbaharui dalam tempoh 3 tahun jika pembinaan masih belum dimulakan. Jika selepas tempoh tersebut permohonan baru perlulah dikemukakan.
Bolehkah mendapatkan contoh pelan ubahsuai / tambahan daripada pihak Majlis Daerah Kerian yang telah diluluskan?
  • Boleh, tetapi dengan kebenaran daripada pihak Arkitek Bertauliah / Pelukis Pelan Berdaftar dan pemilik bangunan tersebut.
Apakan kesalahan yang boleh menyebabkan dikenakan kompaun dari Bahagian Bangunan?
  • Sebarang kesalahan yang bertentangan dengan Seksyen 70 Akta 133 atau Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984. Contohnya pembinaan tanpa kelulusan dan pembinaan yang melanggar syarat-syarat kelulusan pelan.
  • Sebarang bahan binaan yang diletakkan dibahu jalan dengan tanpa PERMIT yang dikeluarkan oleh Bahagian Bangunan dimana kesalahan adalah dibawah Undang-Undang Kecil 21 (1), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Bagaimana pula kesalahan yang boleh menyebabkan dikenakan notis?
  • Semua pembinaan bangunan baru atau tambahan / ubahsuai yang tidak mendapat kebenaran Majlis atau pembinaan yang tidak mengikut pelan yang diluluskan yang mana ianya bertentangan dengan Seksyen 70 Akta 133.
  • Jenis notis yang dikeluarkan :
    a)Notis memberhentikan kerja dan mengemukakan permohonan pelan beserta `fee' 20 kali ganda bayaran proses pelan.
    b)Notis meroboh jika pembinaan tidak boleh diluluskan iaitu melanggar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984 atau Garispanduan.
Apakah tindakan akhir Majlis jika kompaun atau notis tidak dipatuhi?
  • Pihak Majlis boleh membawa kes ini ke Mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan di bawah Seksyen 70 Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan boleh apabila disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu (RM 50,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya dan juga boleh dikenakan denda tambahan sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM 1,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan menurut Seksyen 70 (13), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).