Aduan/ permohonan yang diterima dan diselesaikan oleh Bahagian Pembangunan berkaitan kerosakan harta benda Majlis seperti jalan dan longkang dalam kawasan pentadbiran dan bidang kuasa Majlis dan juga kerosakan bangunan, pasar, dan gerai Majlis.
Pemohon boleh menghantar surat/ mengisi borang permohonan lampu jalan yang disediakan di Bahagian Pembangunan. Bahagian Pembangunan akan menyemak permohonan ini samada layak dipertimbangkan mengikut syarat-syarat kelulusan lampu jalan Majlis dan akan memaklumkan semula kepada pemohon.
Ya, Jabatan Teknikal/ pemohon perlu mengemukakan surat permohonan kepada pihak Majlis dan deposit berserta syarat-syarat pengorekan akan dikenakan sebelum kerja-kerja pengorekan dimulakan/ diluluskan.
Tidak boleh, pemohon/ pemaju boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Undang-undang Kecil Bangunan, Akta Jalan dan Parit dan Akta Kerja Tanah Majlis Daerah Kerian.
Kontraktor boleh menuntut semula deposit/ bon pelaksanaan ini setelah tempoh tanggungan kecacatan tamat dan perlu mendapatkan borang tuntutan deposit di Bahagian Pembangunan, Majlis Daerah Kerian.