Skip to main content

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Portal Rasmi Majlis Daerah Kerian

Soalan Lazim Jabatan Perbendaharaan

Bilakah waktu urusan di kaunter hasil Majlis Daerah Kerian?
  • Isnin Hingga Khamis
    a) 8.15 pagi – 12.30 tengahari
    b) 2.00 petang – 4.00 petang
  • Jumaat
    a) 8.15 pagi – 11.30 pagi
    b) 2.45 petang – 4.00 petang
  • Sabtu dan Ahad : CUTI
Bagaimana pembayaran Cukai Taksiran Majlis Daerah Kerian boleh dibuat?
  • Pembayaran Cukai Taksiran Majlis Daerah Kerian boleh dibuat di tempat- tempat berikut:
  • Kaunter Hasil Majlis Daerah Kerian.
  • Kaunter Hasil PBT lain dalam Negeri Perak sahaja.
  • Kaunter Bank Rakyat, Bank Islam, dan EON Bank.
  • Pembayaran melalui pos iaitu dengan mengirim bil bayaran dan cek/bank draf/kiriman wang/wang pos ke Majlis Daerah Kerian.
  • Bayaran menggunakan cek/bank draf/kiriman wang/wang pos hendaklah dipalang dan dibuat atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian.
  • Pembayaran menggunakan Kad Kredit boleh dibuat di Kaunter Hasil Majlis Daerah Kerian sahaja.
  • Pembayaran menggunakan Internet Banking juga boleh dibuat melalui Bank Rakyat,Bank Islam, Eon Bank dan CIMB Bank.
Bolehkah membuat pembayaran Cukai Taksiran untuk jumlah SETAHUN bagi tahun semasa?
  • Boleh, tetapi sekiranya terdapat tunggakan maka tunggakan tersebut perlu dijelaskan bersama amaun keseluruhan cukai setahun
Berapa lama tempoh yang diambil untuk memproses bil dan tuntutan yang dikemukakan oleh pembekal atau kontraktor?
  • Dinyatakan di dalam A.P 103 (a) yang menyatakan bahawa semua bil dan tuntutan hendaklah dibayar dengan segera tidak lewat dari 14 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna. Bagaimanapun, pihak Majlis telah menerima Pekeliling Kewangan Negeri Perak Bil. 3 Tahun 2007 daripada Pejabat Kewangan Negeri Perak yang menyatakan bahawa semua bil dan tuntutan hendaklah dibayar dengan segera tidak lewat dari 10 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna dan telah digunapakai sehingga kini.
Apakah kaedah pembayaran yang digunakan oleh pihak Majlis Daerah Kerian sehingga kini?
  • Terdapat dua kaedah pembayaran yang digunakan oleh pihak Majlis. Kaedah yang paling utama ialah pembayaran melalui cek, yang melibatkan semua jenis tuntutan dan bil yang menggunakan peruntukan Majlis Daerah Kerian. Kaedah yang kedua ialah electronic funds transfer (e-ft) yang mana melibatkan pembayaran yang menggunakan peruntukan geran jalanraya ataupun MARRIS.
Berapa lamakah tempoh laku sesuatu cek yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kerian?
  • Tempoh laku cek yang dikeluarkan oleh pihak Majlis adalah tiga bulan dari tarikh cek tersebut dikeluarkan seperti yang dinyatakan di atas cek ‘LAKU DALAM TEMPOH TIGA BULAN DARI TARIKH’ cek dikeluarkan.
Sekiranya cek tersebut telah tamat tempoh atau hilang, apakah yang perlu dilakukan terhadap cek tersebut?
  • Sekiranya cek tersebut melebihi tempoh laku, penerima cek hendaklah mengemukakan surat permohonan beserta cek asal kepada Bahagian Akaun dan Kewangan untuk tindakan selanjutnya. Surat permohonan tersebut hendaklah lengkap dengan keterangan yang menyebabkan cek tersebut tidak laku. Begitu juga sekiranya cek tersebut hilang. Surat permohonan hendaklah disertakan bersama surat akuan sumpah yang yang diperakui.
Title
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.