Soalan Lazim Jabatan Khidmat Pengurusan
Tempahan boleh dibuat sehingga 6 bulan lebih awal dari tarikh permohonan.
Deposit / cagaran dikenakan bagi setiap dewan adalah berlainan bermula dari RM 200.00 hingga RM 1,000.00 mengikut keluasan dan kemudahan-kemudahan lain.
- Bayaran deposit / cagaran perlu dijelaskan dalam tempoh 7 hari selepas kelulusan permohonan.
- Bayaran penuh tempahan pula perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari waktu bekerja sebelum tarikh penggunaan dewan.
Pemohon hanya akan dipulangkan deposit selewat-lewatnya 6 hari sebelum tarikh penyewaan dewan tersebut. Wang cagaran tidak akan dipulangkan jika pembatalan lebih lewat dari jumlah hari tersebut.
Beberapa syarat umum termasuk
- Penjagaan kebersihan dan pemulangan keadaan asal selepas penggunaan
- Pengguna bertanggungjawab terhadap kerosakan – deposit mungkin dipotong jika berlaku kerosakan
- Tiada aktiviti memasak, merokok atau membawa minuman keras / makanan tidak halal di dalam premis dewan
- Wang deposit / cagaran tidak akan dikembalikan jika tempahan membatalkan secara tiba-tiba, gagal membersih, rosakkan harta benda atau melebihi waktu sewaan.
Dewan boleh dibatalkan serta-merta jika majlis rasmi kerajaan atau majlis awam yang lebih utama diadakan. Tempahan akan dibatalkan tanpa ganti rugi (cagaran dan sewa akan dikembalikan) selagi pengguna mengemukakan resit asal.
Deposit / cagaran boleh dituntut dalam tempoh 14 hari selepas acara dan akan diproses dalam tempoh 30 hari waktu bekerja.
- Masa kegunaan dewan diberi selama 12 jam termasuk persiapan pada sehari sebelum tarikh penggunaan.
- Tempoh persiapan adalah selama 4 jam (3.00 petang ke atas)
- Tempoh sewa dewan selama 8 jam (9.00 pagi – 5.00 petang)
Majlis Daerah Kerian (MDK) ialah pihak berkuasa tempatan yang mentadbir kawasan Kerian di Perak. Sebagai sebahagian daripada inisiatif Smart City Malaysia, MDK kini menyediakan sistem tempahan kemudahan secara digital untuk memudahkan urusan orang awam.
Inisiatif ini menyokong matlamat bandar pintar dengan mempercepatkan proses tempahan, meningkatkan kecekapan perkhidmatan, dan memudahkan capaian orang ramai kepada kemudahan awam. Pautan Sistem Tempahan Fasiliti https://tempah.mdkerian.gov.my
Terdapat 11 buah dewan dan dataran terbuka yang berada di dalam Daerah Kerian iaitu:
Parit Buntar
| 1. | Dewan Merdeka |
| 2. | Dewan Kerian Permai |
| 3. | Dewan Ramli Ngah Talib |
| 4. | Dewan Serbaguna Batu Lima |
| 5. | Dataran Terbuka Kerian Permai |
Bagan Serai
| 1. | Dewan Dato Zainal Abidin Zain |
| 2. | Dewan Komuniti |
| 3. | Dewan Taman Serai Permai |
| 4. | Dewan Serbaguna Alor Pongsu |
| 5. | Dewan Serbaguna Semanggol |
| 6. | Dewan Terbuka Dato Zainal Abidin Zain |