Dasar Kualiti

Majlis Daerah Kerian komited untuk menyampaikan perkhidmatan perbandaran dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan serta pihak berkepentingan. Penyampaian perkhidmatan akan sentiasa ditambahbaik secara berterusan untuk menjadikan Kerian perbandaran progresif, hijau dan lestari.