JAWATANKUASA PENDUDUK ( JKP) DI KAWASAN MAJLIS DAERAH KERIAN
1.0.TUJUAN
1.1.JKP ditubuhkan di bawah PBT (MDK) bertujuan untuk :
(i) menggalakkan penyertaan penduduk.
(ii) meningkatkan tadbir urus Bandar yang baik bagi pengurusan dan pentadbiran PBT ; dan
(iii) membina keakraban di antara PBT yang berwibawa dengan penduduk yang menggunakan perkhidmatan.
1.2 Penglibatan penduduk sebagai ahli JKP adalah atas dasar sukarela untuk membantu PBT memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat. Sehubungan itu, PBT dan Ahli Majlis adalah bertanggungjawab menjelaskan perkara ini kepada penduduk di kawasan masing-masing.
2.0 PERANAN DAN FUNGSI JK
2.1 Di antara peranan yang boleh dimainkan oleh JKP termasuklah:
-
menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat berhubung dasar, undang-undang, garis panduan, peraturan, inisiatif, program dan aktiviti di bawah PBT;
-
memelihara kesejahteraan dan keselamatan awam;
-
menggalakkan usaha menjaga kebersihan, kesihatan dan alam sekitar;
-
menggalakkan penggunaan ICT di kalangan penduduk setempat memastikan kualiti kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam sentiasa terpelihara;
-
menyelesaikan aduan dan masalah kecil yang boleh diambil tindakan segera; mengemukakan pandangan dan cadangan khususnya bagi tujuan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan PBT; dan
-
membantu PBT mengumpul maklumat penduduk bagi tujuan pelaksanaan program tertentu seperti Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).
3.0.JKP DI BAWAH MAJLIS DAERAH KERIAN
-
Taman Serai Permai, Bagan Serai - Lihat Blog Sila KLIK SINI
-
Taman Murni, Parit Buntar (Zon A)
-
Taman Setia Jaya, Parit Buntar (Zon B) - Lihat Facebook Sila KLIK SINI