MENU

1. Kenapa Majlis tidak menggunakan petak sistem letak kereta bermeter?

  •     Sistem bermeter sering berhadapan dengan pelbagai kejadian vandalisme berbanding sistem berkupon yang lebih menjimatkan kos dan tidak perlu menanggung sebarang kerosakan.

2. Kenapa Tempat Letak Kereta di Bagan Serai dihentikan?

  •     Operasi dihentikan buat sementara sahaja.

3. Kenapa pada hari Sabtu (cuti) di kenakan bayaran petak kereta

  •     Hari Sabtu tidak diktiraf sebagai cuti umum.

4. Mengapa kereta saya kena kompaun?

  •     Tidak mempamirkan kupon tempat letak kereta yang sah dan tidak mematuhi undang-undang tempat letak kereta Majlis Daerah Kerian.

5. Adakah kompaun boleh dikurangkan ?

  •     Boleh dipertimbangkan dengan bersyarat.

6. Mengapa Majlis tidak mengendalikan sendiri sistem tempat letak kereta?

  •     Majlis akan mengedalikan sendiri selepas tamat perjajian dengan pihak pemajak.

7. Mengapa sistem tempat letak kereta perlu diwujudkan?

  •     Untuk memastikan orang awam sentiasa mematuhi undang-undang dan kenderaan diletak dalam keadaan yang lebih sistematik dan teratur.

8. Apakan tindakan susulan Majlis Daerah Kerian sekiranya kompaun tidak dijelaskan?

  •     Pemilik kenderaan akan menerima notis peringatan dan sekiranya dalam tempoh 2 minggu tidak dijelaskan akan didakwa di Mahkamah.

9. Berapa lama tempoh bayaran?

  •     14 hari dari tarikh dikeluarkan.

10. Adakah orang yang kena kompaun di ambil tindakan?

  •     Ya

11. Bolehkah saman Mahkamah diselesaikan di Majlis?

  •     Sebelum kes disebut di Mahkamah.