MENU

1.Bagaimana mendapatkan lesen perniagaan./iklan/penjaja ?

  • Untuk mendapatkan lesen perniagaan pemohon perlu hadir ke Kaunter Pelesenan untuk membeli borang komposit lessen/penjaja/iklan dengan bayaran RM 5.00 setiap borang

2.Bagaimana untuk mendapatkan lesen memelihara Anjing?

  • Untuk mendapatkan lesen perniagaan pemohon perlu hadir ke Kaunter Pelesenan untuk membeli borang komposit lessen/penjaja/iklan dengan bayaran RM 5.00 setiap borang

3.Bagaiamana cara untuk memasang kain rentang dan bunting?

  • Pemohon perlu hadir ke Kaunter Pelesenan dengan membawa kainrentang/bunting untuk di sahkan penggunaan bahasa dan lokasi yang dibenarkan

4.Adakah apa-apa caj dan syarat yang dikenakan oleh pihak MDK untuk meletak barang-barang di Kaki lima kedai?

  • Ada, borang permohonan meletak barang-barang di kaki Lima boleh didapati di Kaunter Pelesenan dengan kadar RM 5.00 dan pihak MDK mengenakan caj RM 3.00 sehari bagi penggunaan/perletakan barang-barang di kaki lima kedai

5.Untuk mengadakan promosi-promosi adakah perlu mendapatkan kebenaran dari MDK ?

  • Perlu, dan pihak Majlis akan memberikan syarat dan akan dikenakan bayaran lesen sementara,permit sementara dan bayaran perkhidmatan sampah.

6.Apakah syarat yang perlu bagi menukar nama,.tukar nama syarikat dan tukar alamat?

  • Pemohon perlu mengemukakan borang komposit beserta gambar pemohon, salinan kad pengenalan dan daftar perniagaan yang baru.

7.Sekiranya sudah tidak menjalankan perniagaan adakah perlu memaklumkan pada pihak Majlis?

  • Ya, perlu dengan mengemukakan surat atau mengisi borang pembatalan lessen

8.Dimanakah lokasi yang dibenarkan menggantung kain rentang/bunting?

  • Majlis hanya membenarkan pemasangan kain rentang di kerangka Majlis atau di hadapan premis perniagaan sahaja. .

9.Bilakah lesen perniagaan boleh diperbaharui?

  • Lesen perniagaan akan tamat tempoh pada 31.12. setiap tahun.Pembaruan lesen akan bermula pada 2 Januari hingga 31 Mac setiap tahun. Sekiranya gagal tindakan denda atau kompaun akan dikenakan.

10.Berapakah kadar bayaran yang dikenakan untuk menggantung kain rentang dan bunting?

  • Kadar yang dikenakan ialah RM 22.00 beserta pelekat untuk pemasangan di hadapan premis perniagaan dan RM 27.00 beserta pelekat untuk pemasangan di kerangka Majlis. Manakala pemasangan bunting dikenakan bayaran RM 7.50 beserta pelekat.Pemasangan dengan kadar 20 unit keatas untuk bunting dikenakan bayaran deposit dengan kadar RM10.00 setiap satu