MENU

1.Apakah itu Pusat Setempat (OSC)

  • Pusat Setempat (OSC) ditubuhkan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyelaras dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan.

2.Bagaimana hendak mengemukakan permohonan cadangan pemajuan di OSC?

  • Pemohon boleh memilih untuk mengemukakan pemohonan cadangan pemajuan secara serentak atau berasingan di kaunter OSC.

3.Bagaimanakah jenis permohonan serentak yang boleh dikemukakan oleh pemohon?

  • Terdapat beberapa alternatif permohonan serentak :-
  • Alternatif I : Permohonan serentak melibatkan kesemua 4 (empat) proses permohonan iaitu permohonan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit.
  • Alternatif II : Permohonan serentak melibatkan 3 (tiga) proses permohonan contohnya :
      • permohonan perihal tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan; atau
      • permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit.
  • Alternatif III : Permohonan serentak melibatkan 2 (dua) proses permohonan contohnya :
  • permohonan perihal tanah dan kebenaran merancang atau
  • permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan; atau
  • permohonan pelan bangunan dan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit; atau
  • permohonan kebenaran merancang dan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit.

4.Bagaimana sesuatu permohonan cadangan pemajuan diproses oleh OSC?

  • Urusetia OSC akan menyemak permohonan cadangan pemajuan yang dikemukakan oleh pemohon berdasarkan kepada borang semak yang disediakan di kaunter OSC. Jika didapati tidak lengkap urusetia akan meminta pemohon kemukakan dokumen yang diperlukan dalam masa 7 hari atau permohonan tersebut dianggap batal. Manakala bagi permohonan yang lengkap diterima akan terus diproses untuk edaran jabatan teknikal.

5.Berapakah tempoh masa yang perlu diambil bagi mendapatkan kelulusan sesesuatu permohonan serentak?

  • Permohonan cadangan pemajuan secara serentak melibatkan konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi, Projek Pelaburan Asing serta Projek-Projek Kerajaan tempoh masa kelulusan tidak melebihi 4 bulan; manakala
  • Permohonan cadangan pemajuan secara serentak melibatkan konsep Jual Kemudian Bina (JKB) tempoh masa kelulusan tidak melebihi 6 bulan.

5.Bagaimanakah keputusan sesuatu permohonan cadangan pemajuan dibuat?

  • Setiap permohonan cadangan pemajuan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) yang bersidang 2 kali sebulan bagi membuat keputusan.

6.Apakah perbezaan Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) dengan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)

  • Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) merupakan perakuan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pula dikeluarkan oleh Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional atau Pelukis Pelan Bangunan selaku Orang Utama Yang Mengemukakan (PSP).

7.Bilakah Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini berkuatkuasa?

  • Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini berkuatkuasa selepas 13hb. April 2007. Walaubagaimana pun Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) masih lagi diteruskan bagi pelan-pelan bangunan yang telah diluluskan atau yang telah dikemukakan kepada PBT sebelum kuatkuasa sistem CCC.

8.Bagaimanakah Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini dapat dikeluarkan?

  • Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini dikeluarkan oleh Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional atau Pelukis Pelan Bangunan selaku Orang Utama Yang Mengemukakan (PSP) setelah syarat-syarat teknikal dalam Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan (PB) dan perkara dalam borang G1 hingga G21 telah siap dan dipatuhi sepenuhnya oleh PSP.

9.Bagaimana pemohon dapat mengetahui sesuatu keputusan cadangan pemajuan yang dikemukakan?

  • Urusetia OSC akan mengeluarkan surat makluman keputusan kepada pemohon 3 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat bersidang. Selain daripada pemohon juga boleh melayari laman web http://www.epbt.gov.my/osc untuk menyemak sesuatu permohonan atau keputusan. Manakala bagi surat dan pelan kelulusan cadangan tersebut, pemohon boleh berhubung terus di bahagian teknikal dalaman PBT yang memproses.