MENU

1.Selepas sesuatu kompaun dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kerian, adakah sebarang notis ingatan kepada penerima kompaun?

  • Ya, ada. Notis peringatan akan dikeluarkan apabila tamat tempoh bayaran kompaun iaitu selama 14 hari.

2.Berapa lamakah notis tersebut diberi tempoh?

  • 7 hari sahaja

3.Jika orang kena kompaun tidak menjelaskan kompaun selepas tempoh-tempoh tersebut, apakah tindakan seterusnya?

  • Tindakan pendakwaan mahkamah akan diambil

4.Setelah pendakwaan telah dibuat ke atas sesuatu kes, bolehkah orang kena dakwa memohon untuk diselesaikan di luar mahkamah?

  • Boleh. Walau bagaimanapun jika tidak melibatkan kompaun tempat letak kereta, caj RM 100.00 akan dikenakan dicampur kompaun yang telah dinyatakan.

5.Bagaimana jika melibatkan kompaun tempat letak kereta?

  • Caj RM 50.00 akan dikenakan dicampur kompuan yang telah dinyatakan.

6.Jika sesuatu kes telah dikenakan, waran tangkap, bolehkah ia diselesaikan di luar mahkamah?

  • Tidak boleh. Ia perlu diteruskan prosiding di mahkamah.