MENU

1. Apakah aduan/ permohonan yang boleh dikemukakan di Bahagian Pembangunan?

  • Aduan/ permohonan yang diterima dan diselesaikan oleh Bahagian Pembangunan berkaitan kerosakan harta benda Majlis seperti jalan dan longkang dalam kawasan pentadbiran dan bidang kuasa Majlis dan juga kerosakan bangunan, pasar, dan gerai Majlis.

2.Bagaimana cara untuk memohon lampu jalan awam ?

  • Pemohon boleh menghantar surat/ mengisi borang permohonan lampu jalan yang disediakan di Bahagian Pembangunan. Bahagian Pembangunan akan menyemak permohonan ini samada layak dipertimbangkan mengikut syarat-syarat kelulusan lampu jalan Majlis dan akan memaklumkan semula kepada pemohon.

3.Adakah pengorekan jalan Majlis perlu mendapat kelulusan daripada pihak Majlis ?

  • Ya, Jabatan Teknikal/ pemohon perlu mengemukakan surat permohonan kepada pihak Majlis dan deposit berserta syarat-syarat pengorekan akan dikenakan sebelum kerja-kerja pengorekan dimulakan/ diluluskan.

4.Adakah kerja tanah boleh dimulakan terlebih dahulu sebelum kelulusan pelan diberikan?

  • Tidak boleh, pemohon/ pemaju boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Undang-undang Kecil Bangunan, Akta Jalan dan Parit dan Akta Kerja Tanah Majlis Daerah Kerian.

5.Dimanakah permohonan pelan kerja tanah dan jalan dan parit boleh dikemukakan?

  • Pelan ini boleh dikemukakan di Unit OSC, Majlis Daerah Kerian.

6.Berapakah tempoh masa bagi pemaju untuk membuat serahan taman kepada pihak Majlis?

  • 1 tahun selepas Sijil Layak Menduduki diperolehi.

7.Berapakah bayaran borang dan pendaftaran kontraktor?

  • Bayaran borang pendaftaran kontraktor adalah RM 2.00 dan pendaftran kontraktor adalah RM 50.00

8.Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama borang pendaftaran kontraktor?

  • Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Salinan Sijil CIDB
  • Salinan Sijil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Atau Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor Daripada Kementerian Kewangan Malaysia
  • Penyata Kewangan Akaun Semasa

9.Berapa lama tempoh untuk setiap pendaftaran kontraktor ?

  • Tempoh bagi pendaftaran kontraktor 2 tahun sekali.

10.Bagaimanakah cara untuk menuntut semula deposit/ bon pelaksanaan?

  • Kontraktor boleh menuntut semula deposit/ bon pelaksanaan ini setelah tempoh tanggungan kecacatan tamat dan perlu mendapatkan borang tuntutan deposit di Bahagian Pembangunan, Majlis Daerah Kerian.