MENU

TEMPAT LETAK KERETA BERKUPON

Majlis Daerah Kerian telah melaksanakan Sistem Tempat Letak Kereta Berkupon mulai 1 Mac 2010, bagi menggantikan Sistem Parking Bermeter yang telah tamat kontrak pada 31 Januari 2009. Kupon Tempat Letak Kereta ini boleh didapati di Majlis Daerah Kerian dan juga daripada ejen-ejen sah yang telah dilantik oleh Majlis Daerah Kerian di seluruh kawsan Parit Buntar. Untuk menyemak senarai ejen-ejen jualan kupon yang sah Sila Klik di SINI

PELAKSANAAN PARKING BERKUPON

Kawasan yang terlibat: PARIT BUNTAR SAHAJA

KADAR BAYARAN KUPON

Harga kupon untuk satu buku: RM3.00

  • Dalam satu buku terdapat 5 keping kupon bernilai RM0.20 dan 5 keping kupon bernilai RM0.40
  • kupon bernilai RM0.20 = 30 minit (tempoh masa tempat letak kereta)
  • kupon bernilai RM0.40 = 1 jam (tempoh masa tempat letak kereta)

PAS BULANAN

Pas Bulanan disediakan untuk kemudahan pengguna yang menggunakan tempat letak kereta pada setiap hari. Untuk pengguna Pas Bulanan, satu sticker bulanan akan diberikan. Pas bulanan boleh diperolehi di Unit Tempat Letak Kereta, MDK.

*Harga untuk Pas Bulanan ialah: RM35.00

WAKTU OPERASI

Isnin – Sabtu : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Isnin – Sabtu : 7.00 pagi hingga 5.00 petang (Hanya kawasan Medan Pasar Pusat Bandar)

Ahad & Kelepasan Am : Dikecualikan.

PERHATIAN

Pengguna yang meletakkan kenderaan di kawasan berbayar MDK, perlulah mempamerkan kupon yang telah digores dengan betul dan meletakkan diatas ‘Dashboard pemandu' manakala pengguna pas bulanan perlulah melekatkan sticker bulanan pada cermin hadapan sebelah kanan pemandu.