MENU

5 November 2016 (Sabtu), Satu program kemasyarakatan yang dikenali sebagai Program Volunteerisme Pili Bomba telah diadakan bertempat di Pusat Pendidikan Al-Hidayah Tanah Kebun, Parit Buntar bermula jam 8.30 pagi. Program ini telah dianjurkan oleh Majlis Masyarakat Sivil (MMS) dengan kabolarasi MDK dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.  Majlis diserikan dengan kehadiran Setiausaha Majlis Daerah Kerian, Ketua Balai Polis Simpang Lima, Ketua Balai Bomba Kuala Kurau, ahli-ahli MMS, peserta-peserta Volunteerisme Pili Bomba dan kakitangan Majlis Daerah Kerian serta penduduk berdekatan.  Program dimulakan dengan ucaptama daripada Encik Mohamad Razif Bin Ramli, Setiausaha Majlis Daerah Kerian.  Taklimat pencegahan kebakaran juga telah disampaikan oleh Ketua Balai Bomba Kuala Kurau dan demonstrasi memadamkan api oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dipertunjukkan kepada peserta. Program ini diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta volunteerisme pili bomba bagi menghargai penglibatan mereka didalam program ini.