MENU

13 Oktober 2017 (Jumaat)- Majlis Daerah Kerian telah mengadakan Malam Kebudayaan & Keseniaan Kerian yang didakan di Taman Pinggiran Sungai Kerian, Parit Buntar. Majlis ini dirasmikan oleh Y.B Dato' Dr Mah Hang Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam, Integriti Nasional dan Kampung Baru. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan seperti Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Mereka Cipta Tanglung, Persembahan Kebudayaan dan Pameran Makanan Tradisional.