MENU

6 Oktober 2016 (Khamis), Majlis perasmian Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dan penyerahan surat tawaran program perumahan rakyat (PPR) Amanjaya Parit Haji Wahab telah disempurnakan oleh YAB Menteri besar Perak di Lokasi Taman Amanjaya Parit Haji Wahab. Majlis tersebut bertujuan bagi penyampaian surat tawaran rumah kepada penduduk kerian yang layak. Majlis tersebut turut dihadiri oleh EXCO Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pegawai Kanan LPPH, Pegawai kanan pentadbiran negeri perak, Pegawai Khas YAB Menteri Besar, Ketua Jabatan dan orang ramai. Tinjauan kawasan di pantai Ban Pecah Tanjung Piandang juga turut diadakan selepas selesai program tersebut.