MENU

30 Januari 2018 (Selasa): Majlis Daerah Kerian telah mengadakan Majlis Hari Terbuka yang bertemakan "PBT Di Hati Rakyat" yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Mohd Gazali Bin Jalan. Majlis ini disertai oleh warga kerja Majlis Daerah, Pegawai-Pegawai dari pelbagai agensi serta semua warga penduduk Majlis Daerah Kerian. Majlis ini  dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti dari Agensi Kerajaan seperti Agensi Anti Dadah, Polis Diraja Malaysia serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi.