MENU

MISI

Memperkasakan Perkhidmatan Tadbir Urus, Berpaksikan Kualiti, Ketelusan dan Kecekapan Dengan Berteraskan Pembangunan Mampan.

 

VISI

Kerian sebagai Perbandaran yang Dinamik dan Mampan

 

FUNGSI DAN PERANAN

  1. Melaksanakan dasar-dasar kerajaan persekutuan dan negeri terutamanya dasar pembangunan Negara dan wawasan 2020.
  2. Merancang, melaksana dan mengawal semua aspek pembangunan fizikal dengan berasaskan kepada rancangan pemajuan, kehendak undang-undang, piawaian perancangan dan polisi-polisi yang diterima pakai oleh Majlis.
  3. Menyedia dan meningkatkan peluang-peluang perniagaan dan perdagangan secara teratur, komprehensif dan berpotensi ke atas nilai-nilai ekonomi.
  4. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan rekreasi yang selesa dan harmoni dengan penekanan kepada usaha membaikpulih kemudahan yang sedia ada.
  5. Meningkatkan kawalan kesihatan, kebersihan dan pengindahan untuk mewujudkan suasana kehidupan yang selesa dan harmoni.
  6. Menguatkuasakan undang-undang yang diterima pakai.
  7. Memastikan setiap tindakan dan pelaksanaan tugas dengan mengambil kira "Value for Money".
  8. Memberi keselesaan dan keharmonian  kepada orang ramai melalui usaha-usaha perkhidmatan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan.
  9. Menerima pakai dan melaksanakan pendekatan Perak Aman Jaya bagi meningkatkan kesejahteraan hidup yang mampan dan berkualiti.