MENU

ydp1

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelawat-pelawat laman web yang dihormati,

Syukur alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya laman web ini dapat disediakan dengan jayanya. Bagi saya ia merupakan rahmat yang tidak terhingga kepada kami setelah bersungguh-sungguh dalam usaha menjadikan laman web Majlis Daerah Kerian yang terbaik dan terkini serta berinformasi.

Ruangan ini bukanlah sesuatu yang baru kerana penerokaan dalam bidang ini telah lama wujud dan kepesatannya begitu drastik selaras dengan perkembangan ilmu dunia yang giat berkembang dan pihak pengurusan MDK akan meneroka kaedah-kaedah dan formulasi baru sejajar dengan perkembangan tersebut.

Melalui laman web pihak luar boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan mudah. Di samping itu, pelawat-pelawat juga dialu-alukan untuk memberi sebarang komen dan pendapat serta cadangan yang boleh memberi faedah bersama.

Semoga dengan adanya kemudahan ini ia dapat menjadi mekanisme penghubung kepada pihak pengurusan dan pihak luar dalam menyampaikan dan menerima maklumat.

(Encik Abd. Khair bin Hj. Ahamad)
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kerian..